09 May 2011

IKLAN : Macarons Johor Bahru

adalah penting yer mention "Macarons Johor Bahru" sebagai title entri ni, supaya senang google nak cari...

MACARON ialah sejenis kudapan manis atau biskut yang diperbuat menggunakan putih telur, gula aising, gula pasir, serbuk badam atau badam kisar, dan pewarna makanan. Macaron biasanya diisi dengan buttercream atau inti jem dan diapit di antara dua biskut. Namanya berasal daripada satu perkataan Itali "maccarone" atau "maccherone". Perkataan ini sendiri berasal daripada ammaccare, bermaksud "crush" or "beat", merujuk kepada bahan utama yang digunakan di sini iaitu pes badam.

Bentuk kudapan ini licin, ber"kaki", dan tapak rata. Ia agak lembap dan mudah cair dalam mulut.

Macarons boleh di dapati dalam pelbagai jenis perisa, dari yang tradisional (raspberi, coklat) dan perasa baru (trufel, teh hijau). Intinya dari pelbagai rasa jem, ganache, atau buttercream.

ape rasanya?

sebelum aku makan biskut ni, orang kata rasanya manisss sangat (macarons yang dibuat sendiri). not nice bagi yang tak suke manis. tapi this one aku rasa takde la manis giler, just nice, ok la... bole telan. sedap, lembut, filling dia umph!! haha. and aku pun tak suke benda yang manis sangat. kalau makan time sejuk, lagiii umpph!!

disebabkan aku ni takde oven (ceh..alasan tak leh blah) so aku prefer nak order ajelah.

tapi yang sedih tu, kat JB tak femes lagi market ni. satu hari, time aku tak nak buat keje, aku pun surf internet, dan terjumpe la website ni. tengok2... waaa kat jb lah! teruja. tengok harga? rate2 sekarang ni la. tapi kalau aku order dari KL, harga kena tambah lah, sebab ade kos postage... manis2 pun kena tambah RM10...sebab ni bukan boleh main pos pakai sampul surat yer... ada special handling.

so, aku amik keputusan nak order kat :
http://sweetndelights.blogspot.com/

mula2 bajet nak order kotak kecik je...sebab nama pun konon2 nak "rasa". tapi sampai masa, aku tak dapat nak pegi amik kat rumah dia, so mintak la owner ni delivery kat opis aku. aku pikir, kalau takat nak delivery kotak kecik, aku rasa macam tak worth it la..sian kat dia, even dia ada caj penghantaran.

bile aku tanya2 pasal saiz kotak besar, dia kata, kalau order kotak besar, takde delivery charge (untuk area aku). wah! cun dah tu. so, amik kotak besarlah. bole share....

so inilah bendanya yang nama MACARON tu...
bagi yang berada sekitar johor bahru, boleh laa order dengan Putrina.


info tambahan : Putrina ni pun belajar buat MACARON dari Kelas Macaron di Angelcupidkitchen.com dan pemilik blognya bernama Puan Salfarina. cikgu yang sama dengan pembuat macaron yang femes kat KL nun... ade customer dia yang pernah order dari KL dan order jugak dengan putrina telah mengkomen "rasanya sama...."
yerla..dah cekgu pun sama kan...


okey! sambung keje. babai

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment