23 May 2011

DAH TAK LEH SABAR

Kadang2 sikap sesetengah pemandu, tak kisah la pemandu lori ke, kereta ke, bole buat aku hilang sabar. Kenapa diorang ni takde sikap toleransi tapi penuh dengki dan tak puas hati? Ingat ko sorang bayar cukai jalan??

Pagi tadi time aku odw pegi keje, lepas je susur masuk hiway, aku pun bagi la signal nak masuk lane. Aku memang tak suka menyusur ikut lorong kecemasan seperti kebanyakan kenderaan lain, sebab benda camtu la yang akan buat jalan jadi jammed, bila sampai ujung2 jalan, masing2 sibuk potong Q. Aku suke masuk hiway je, terus masuk lane.

Tapi pagi tadi ada la driver ni tak nak bagi jalan kat aku. Dia dah nampak aku bagi signal nak masuk, depan dia pun memang ada ruang. Tapi bila nampak aku nak masuk depan dia, dia laju ke depan dan himpit keta depan dia, so aku tak boleh masuk. Cam haram kan?

Oleh kerana gagal mengawal rase marah pagi ni, dalam hati aku dah menyumpah "toooot" sambil bagi isyarat tangan. Hambik ko! Lepas tu aku blah pegi depan lagi sikit. Dapat la masuk selang satu keta dari driver tadi.

Si driver tadi tu just bawak lori peti sejuk je! Dia bole slow ape untuk bagi laluan? Aku bukannya potong Q, aku baru turun dari flyover nak masuk hiway.

Ko tak bagi aku jalan pun, ko duduk gak kat belakang. Tak jugak dapat potong aku.
Education ko takat celah kuku jari kaki kot, sebab tu la keje jadi driver lori yang tak berhemah! Kadang2 abang driver lori 20 tayar tu pun lagi beretika dan bertimbang rasa lah!!

ps : kalau aku bawak keta kebal, mesti takde sape berani nak himpit atau bagi beam!

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

No comments:

Post a Comment