04 April 2011

SAYA SANGAT SIBUK

aku taip ni masa tengah install Adobe Creative Master Collection. yela.. tak bole nak wat keje ape2 pun time ni. so amik kesempatan nak membebel kat blog sementara tunggu habis install.


sejak aku format pc hari tu, adobe illustrator aku mengalami masalah bila nak save. dah buang AiPrefs pun masih ade problem. agak mencabar kesabaran aku jugak la. still usaha cari adobe cs2 yang lain untuk replace. tapi takde! tau la version dah ketinggalan zaman. so aku install Master Suite yang aku copy dari ibu cham2 satu ketika dulu.

ok, skrang ni memang busy sangat, ada keje opis, dan keje freelance. freelance bertepek!! ape pun, Alhamdulillah... stress dengan lambakan kerja bermakna kite murah rezeki. tak gitu?

pagi2 datang keje aku on winamp. terasa sunyi pulak hari isnin ni. tapi bukak volume perlahan je, takat aku sorang bole dengar, jadi la kan...takut ganggu staff lain pulak.

pagi tadi masa odw nak pegi keje, ade 2 driver yang telah memberikan "contoh" yang bagus kat atas jalan.

1st - lepas aku buat u-turn, nak masuk ke kiri, ade satria merah sebatu lagi kat belakang, tapi dah nampak aku bagi signal nak masuk lane kiri, dia pun kemain laju lagi. aku cakap kat mak aku "tak paham la orang camni, ntah ape yang dia sakit hati sangat bila orang nak masuk lane...." SEWEL!!

2nd - lepas susur masuk ke jalan besar, aku bagi la signal nak masuk lane (keta banyak, jalan tengah jammed).... ada toyota buruk kat tepi aku tu bukan main terhangguk2 ke depan, lagi berapa inci je nak cium bumper keta depan dia... tak nak kasik jalan kat aku... punye la BUSUKKK hati perut dia tuh! sekor lagi driver yang aku tak paham perangai dia... aku cakap kat mak aku "tengok tu, orang nak masuk tak kasik...aku bukan potong Q la bogoks!!"

oleh kerana aku ini lady driver yang bertudung lagi shomel, dan oleh kerana memikirkan keselamatan kereta dan pemandu, jadi tak la tergamak aku nak hulur tangan dan tunjuk jari tengah kan.... kalau ikutkan hati yang geram ni, memang nak je wat macam tu.... last2 aku ke depan je... masuk lane selang sebijik keta dari keta buruk tadi.... sudahnya ko duduk gak kat belakang tu, takde la cepat mana pun... teruk betul perangai driver mesia yang kononnya penuh dengan sopan santun, adat timur...

blah lah!

sebab bengang ngan driver tadi, so aku berilah laluan pada kenderaan lain yang nak masuk lane siap bagi signal... ade la beberapa bijik keta aku bagi laluan, ada 1 keta tu siap kena hi beam sebab teragak2 nak masuk.... rasa macam nak turun dari keta dan gi cakap kat dia "ehh encik, sile lah jemput masuk lane ni... sy dah bagi laluan..."

jadi aku takde la terkesan sangat dek sikap penting diri driver keta buruk tadi... ini terapi yang bagus. sile amalkan....

ok... dah siap install. nak restart pc. babai!

No comments:

Post a Comment