20 April 2011

MELAYU LUPA DIRI

AKU LA TUH...

ok... sekarang mood PMS, jadi kekadang tu selera ada sikit macam orang mengandung. kali ni aku mengidam sushi...tapi sebab keadaan waktu yang tak mengizinkan, so tak terpergi lah kat SUSHI KING tu...


tengah2 nak cuci mata pasal sushi, aku terjumpa la link ini :

SUSHI KING HALAL KECUALI...
ADAKAH SUSHI KING HALAL?
SUSHI KING TIDAK HALAL


aku malas nak huraikan.... semua dah tertulis dalam tu. sila baca kalau nak tau....

yang aku nak luahkan kat sini ialah sikap segelintir bangsa melayu yang buat aku meluat nak muntah....

contohnya ayat2 macam ni :
- Dah la takyah nak makan Sushi bagai. Poyo tul korang ni. Makan nasik je la. Melayu buat cara melayu.. Choi~

- dah melayu nak bajet2 makan sushi pula. adoi, ape slhnye mkn je ape yg org melayu mkn. hahha. ni ade lak sushi day la ape la. cehh, :)

- dah lah korang, tak payah layan shushi tu… bukannya sedap pon…
dan ade certain2 lagi komen bodoh camtu... skrang ni citer pasal SUSHI KING tak halal...then tetiba pulak nak cakap seolah2 melayu yang makan sushi ni ala2 macam "kerek" la yek? macam la melayu yang makan sushi ni kira lupe daratan? ape punye statement laaa

aku suke this komen :
klo mlayu wat cara mlayu,nape xkua jln2 pakai bju mlayu?
jln2 sopan santun,b’ckp pakai pantun,puitis2,xdela nk choi2.
xsalah kn nk mkn mende len slain nasi?

UNTUK YANG TAK MINAT SUSHI TU..
KORANG NK KUTUK SUSHI KENAPA? MAKANAN TU.. ADAKAH ISLAM MENGAJAR KITA SEPERTI INI? SEMUA MAKANAN YANG HALAL BOLEH DI MAKAN.. SO KORANG FIKIR KAN LA..

dan yang ini wat aku tekup mulut, takut bos dengar aku gelak sorang2....
susah r cmni..
nk makan pn x leh..
nk makan kepsi ngn mekdi pn xleh..
sume2 x buleh..
kang aku buat Lempeng King ada yg kata x standard la makan lempeng..
boikot barang luar tp x sokong barang sendiri…
ntah pape…
makan megi la cmni…
ape??????
xboleh gak???
makan hati la… =(
dan-dan laa ade yang tak boleh makan sushi tu terus cakap
"nasib baik aku tak lalu makan..."
whut the hell lah kan.... dah ko tak boleh telan, tak payah la nak kondem orang yang tekak dia bole telan sushi... lepas tu nak kata orang tu fefeling perasan japanese...
BONGOKS!

dah tu kalau ko suke makan capati, mee goreng mamak, leh tak aku cakap ko saje nak fefeling keling???

okey... to peminat sushi, jangan frust, hari tu aku ada tengok kat jalan2 cari makan pasal satu restoran sushi yang halal... dan owner dia adalah orang melayu Islam...

http://www.oshima-restaurant.com/

hah? nak kata ape? nak cakap this malay owner tak sedar yang diri tu melayu ke, sampai bukak restoran jepun??

for me dan yang duduk kat jb, bole la try sushi kat singapore :

http://www.heisushi.com/

tapi kopak sikit la... hari tu aku makan kat 1 restoran pun dah 50 SGD... convert duit mesia dah rm100++...hahaha.

BTW, ramai je orang melayu Islam bukak restoran makanan western, chinese cuisine, thai dan sebagainya....takde pulak yang nak kata depa ni melayu yang mengada, tak nak bukak restoran masakan melayu.... yang penting anda mesti pilih yang halal! =p

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment