20 April 2011

KAD KAHWIN KAT FB

INI SEKADAR PENDAPAT PERIBADI


pagi ni aku dapat jemputan perkahwinan dari client, dia bukan kawan aku, bukan kenalan kat ym, bukan bloggers mahupun skype.... dia yang add aku dulu, tak tau kenapa la... mungkin sebab nak tengok hasil editing aku....

hari ni nak cuit sikit pasal kad kawin. entri yang lepas2 pun aku dah sentuh sikit bab ni. tapi kali ni lebih mendalam dan cerita utama adalah tentang kad kawin yang di "tag" dalam fb....

biasanya frenlist kat fb kan ramai, jadi mungkin ada sesetengah orang rasa tak semua frenlist dia layak dapat kad kawin. biasa la, kad skrang pun bukan murah sangat... bole cut cost kalau jemput kat fb saja.

dulu ada sorang classmate, siap buat beberapa copy dan upload kat fb. di ruangan "tuan/puan/cik/encik/datin/dato/sultan/sultanah tu ditulis golongan mana yang dia nak jemput. contohnya seperti ini "kawan-kawan facebook" / "kawan-kawan smk..." / "kawan-kawan syarikat sdn bhd" ....

senang bukan?

tapi bagi aku.... mungkin aku ni kuno sikit la. belom dapat adapt perubahan ni... aku tetap rasa sekeping kad tu sangat penting walaupun murah atau tak semenggah. tak main la tag2 kat fb ni... macam tak ikhlas je jemput. kawan2 skolah aku yang kawin, cuma seorang jek yang aku attend, sebab dia sorang je yang kasik aku kad kawin. yang lain? tak jumpe peti surat kot?

biasanya alasan orang tak bagi kad kawin is "tak sempat". jadi aku pun bole kata "tak sempat" la nak pegi wedding ko... atau takde kad, so tak tau peta rumah ko... boleh camtu?

aku tak jugak mengatakan jemput atau "tag" kad kawin kat fb tu satu kesalahan... itu hak masing2, yang keluar duit untuk print kad kawin fizikal pun bukan aku.... tapi kalau nak tag kad tu dalam fb... biar jelas dan boleh dibaca...

ni kes aku dapat "tag" kad kawin pagi tadi lah.... kalau rupenya macam ni :

KAD KAWIN BLUR


lebih baik tak payah tag. aku pun tak pasti la si tukang "tag" ni bole baca dengan sebenar2 jelas atau tidak....

lebih baik dia "tag" link gambar kad kawin tu then bile kawan2 bukak, gambar tu bole di"zoom".... kalau print pun masih terang dan jelas. cuba tengok part peta jalan tu... aku tak mampu nak baca, tak tau la korang bole baca ke tak... bukan ke peta tu penting...?

kalau nak jugak tag sejibik kat fb, sila la cut bahagian2 penting, besarkan dan asingkan satu2.... jadi bole la dibaca dengan jelas...

by the way... aku tertanya2 la... kalau dapat kad kawin yang hanya "tag" kat fb je, cemana korang nak dapat peta eh?? korang print ke?

PS : mungkin aku tak buat "tag" kad kahwin kat fb..... Insyallah aku pastikan jemputan dapat kad yang bole dipegang....
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment