29 April 2011

INTERVIEW PART 2

UPDATE PASAL INTERVIEW SEMALAM...

ok, gerak daru rumah pukul 7 pagi. padahal UTM tu tak la jauh dari rumah, kalau drift keta, 15 minit bole sampai kot? tapi pagi2 ni bukan haku sorang je ade urusan, takut jalan jem, so keluar awal. 30 minit dah sampai UTM, tapi sampai kat pejabat pendaftar tu dekat2 pukul 8 pagi rasanya.

aku dah la tak pegi tengok tempat interview tu kat mana, dah pagi2 tu tawakkalillah je la pegi cari, berdasarkan signboard. nasib baik la jalan2 dalam UTM tu tak banyak kereta sebab aku kena drive slow2 nak tengok signboard. lepas tu menjajau cari kat mana bole park kereta. dah jumpe bangunan pentadbiran tapi betol ke idak, tak tau la aku. maka masa ni la kena ringan mulut, manis muka.... aku tanya je sape2 yang ada gaya macam staff UTM tu, kat mana pejabat pendaftar. lepas tu tanya kat mana bole parking kereta. takkan nak park sukehati sendiri kan, dah la masuk pun sebagai visitor tapi takde pass visitor (dah guard tu pun tak tahan keta aku, dan aku pun tak bentikan keta, wat2 macam arif je masuk UTM)

aku ingat parking keta tu banyak la kan... ye memang banyakkk, banyak reserve parking untuk staff. gile ape nak letak keta kat naib chancellor punye parking! cari2... ada 2 tempat je kosong. nasib datang awal, kalau tak mungkin aku terpakse park kat tempat orang....

lepas masuk bangunan tu, skali lagi aku terpinga2... ok tanya la akak2 mana tah yang baru nak masuk keje, kat mana bilik mesyurat tempat interview. ok, tempat dah betul, kena jalan lagi sikit. bile sampai, takde orang... kali ketiga tanya akak comey kat luar pejabat, "saya nak interview, kat mana ye?" ok, dia suruh aku duduk kat ruang tamu pejabat pendaftar.... aku sorang. cuak gak, takut aku salah tempat ke ape ke....

lepas tu datang sorang budak laki, siap bawak kawan dia. aku dah nampak budak ni lama tadi duk legar2 area situ. pastu tanya aku "interview ke?" aku senyum dan angguk aja. dia pun duduk. aku pun amik la pape bahan bacaan sementara tunggu opis bukak secara rasmi. time ni staff keluar masuk, tengok kitorang (dua orang candidate ni) sambil senyum2... bagus diorang, ramah jek.

lepas tu dipanggil untuk isi kedatangan. aku orang 1st isi... aku tengok senarai nama... tak sampai 10 orang! ehhh??? aneh! (selalunya calon apply keje gomen ni ramaiiii ok!)

lepas tu aku duduk balik. baru la ade orang lain sampai. cukup time, kat situ cuma ada 4 orang candidate. aku dengar staff pendaftar tu cakap, ade 5 nama, sorang tak datang.... jadi betul la, dalam list tadi ade 5 nama je. yang datang 4... 3 pempuan, 1 lelaki.

lepas tu kitorang kena jalan kaki, dah macam sesi melawat kawasan, pegi ke fakulti sains & komputer untuk uji bakat. bukan uji bakat AF ok. agak jauh jugak jalan tu, turun naik lift, peluh ketiak haku.

lepas masuk dalam bilik kuliah yang ade banyak komputer, kitorang diarahkan duduk kat mana2 yang kitorang suke. lepas tu ade sorang staff ni datang bagi kertas ujian. dia pun terkejut tengok ada 4 orang je calon.

okey lah, dia briefing kejap, lepas tu bagi kertas ujian. tajuknya : ujian photoshop. tujuannya nak test betul ke calon2 ni advance sangat dalam photoshop? tugasan diberi 45 minit, buat poster "pertandingan membina laman web pendidikan"...

gambar takde, sile google sendiri. gambar tak leh yang dah siap2 ade efek. kira tak aci lah.... ujian 45 minit, tapi 5 minit dah kena curik sebab dengar staff tu briefing.

aku pun buat setakat yang terlintas... ikutkan la, tak cukup 45 minit tu. aku tengok design aku sendiri pun tak puas hati. masa dah habis pun aku masih mengetik mouse lagi. lepas dah save dan dikutip oleh staff tadi, kitorang semua diarahkan tunggu kat luar. portfolio tinggal kat dalam. lepas tu sorang2 dipanggil masuk, dia tak interview, cuma nak tanya sikit2 pasal portfolio. kejappp jek, tak sampai 5 minit. fast discussion.

lepas siap! kira2 9.30 pagi tu, kitorang jalan lagi balik ke pejabat pendaftar. kena tunggu 10.30 pulak untuk official interview. aku sempat jugak la borak2 dengan 2 orang lagi calon perempuan tu. diorang lagi hebat dari aku kot?

masa tunggu kat ruang tamu pejabat, aku dah tak ingat berapa kali aku menguap sambil tengok cerita drama tv 3. salah sorang dari calon perempuan ni datang ngan hb dia. hb dia try nak tukar siaran astro. sekali "please insert astro smart card"

haih, layan la tv3 yang "berhujan" tu... (channel tak clear)

masing2 wat hal sendiri, picit2 phone. hapdet twitter atau fb kot? aku sempat layan wi-fi tapi takde ape sangat nak wat. balik2 duk hafal visi misi UTM. ape bengap sangat aku ni payah nau nak ingat.

ape yang aku tau, semua calon tu bole buat website dan flash. kalau tak teror pun, at least kategori "bole laaa..." aku pun bole, tapi "bole laaa blaaahh" ok, aku sorang je tak pandai langsung. dulu masa study ada blajar, tapi dah lama tak praktis, so dah lupe, anggap je tak reti langsung.

lepas tu, 2 orang tu memang gov servant, tapi kontrak. sorang USM, sorang UTM. so mintak keje UTM ni sebab nak jawatan tetap. yang mamat sorang tu, dia keje cam aku, kat kilang pembuatan. tapi graduate dari UTM gak. so aku je sorang survival, coming from private college yang dah bankrupt dan dari private sector yang tak femes. agaknya aku ni calon paling last terbaik yang di senarai pendek kot?

setelah puas layan "sangap", 10.30 kitorang semua di panggil masuk bilik meeting. ye.. interview skali 4 orang. penemuduga ada 4 orang lelaki, dan seorang kakak yang tak bersuara, cuma jadi tukang gelak dan menulis aja.

solan2 utama yang ditanya :

- sila perkenalkan diri, kegemaran, dan kenapa nak keje ngan UTM?
- apa yang anda tahu pasal UTM?
- bole keje lebih masa?
- apakah kekuatan anda?
- apa ciri2 yang wajib dalam sesuatu rekaan untuk menarik audients?
- sila berikan komen, cadangan atau kalau ade ape2 pertanyaan?
tu je soalan utama yang aku ingat. soalan2 sampingan tu ade... berdasarkan jawapan calon lah. antaranya :

calon lelaki tu cakap kegemaran dia konvoi bermotor. pememuduga tu kata "hah? awak mat rempit ke?"
sebagaimana biasa, penemuduga ni memang suka provoke atau saiko calon.

"betul ke keje kerajaan ni terjamin? ape yang terjamin? gaji kecik! kitorag pun tak tau ape yang best keje kerajaan ni..."
"kalau kitorang bagi awak keje kontrak 6 bulan, gaji 800 bole??"(padahal basic gaji gred B27 busuk2 pun 900++...)

"kalau tak bagus dalam kontrak, kitorang buang la... kalau datang lambat, minum pagi, minum petang... memang nak kena buang lah camtu"

(ngata orang gomen... tapi ntah2 diorang pun sama!)

aku kat dalam bilik meeting tu menggigil tangan. bukan pasal nebes semata2, tapi ekon sejukkkkk!

okey, last dia ada tanya pasal sama ada kitorang pandai flash, web and 3D atau tak? cuma aku je yang tak dapat buat. sebab aku major in advertising & corporate identity.
last sekali, diorang cakap result keluar lewat2 sebulan, tapi biasanya dalam seminggu dua dapat dapat result.

BTW, takde pun tanya pasal visi misi, chancellor maupun satu malaysia... tapi ape pun preparation tu penting. kalau tak tanya - selamat, kalau kena tanya tapi tak dapat jawab - konfem tak dapat keje.

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment