29 March 2011

RINGKASAN BERITA TERKINI

ENTRI PENDEK LAGI RINGKAS

METER DAN PAIP AIR DICURI!
malam tadi, kecoh kat jalan rumah aku, kes meter air dan batang paip tembaga ilang dicurik. sampai ayah aku call banyakkkk kali. tapi si pencuri cuma rembat benda tu kat rumah yang tak berpenghuni...sama ada memang rumah tu kosong mahupun tuan rumah takde kat rumah. mine punya.. ade. tak ilang pun. tapi aku pun tak sedar bila masa meter ni ilang kena curik...

lepas tu, aku pun siap2 nak gi amik adik aku balik dari mengaji. bukak la pintu pagar luas2 sebab nak keluarkan keta. ade laaa anak jiran datang tengok kucing2 aku, aku pun tegur ramah akak tu (mak budak tu la). pastu budak tu main2 kat porch keta. sempat budak tu sound,
"bau durian laaa!!"


"err...dik, tu kulit durian dari dalam peti sampah lah" tapi cakap dalam hati je la...

adoi, malu aku...dah la cakap depan mak dia...aku rasa akak tu pun perasan ade bau durian...

MIMPI APAKAH?!
pagi bila ntah, akak kat opis ni, pagi2 datang kat meja aku. ingatkan nak mintak tolong check saman trafik lagi, rupanya nak tanya :

"kalau mimpi anjing hitam, apa maknanya ek?"

adoi... aku jawab "maaf kak, saya bukan penilik mimpi..." hahaha. pelik2 je soal aku pagi2 hari tu...

ROKOK FREE!
bf aku tertinggal sekotak rokok semalam, baru guna 2 batang kot. dia tak nak amik balik, suruh aku buang jek. tapi aku tak buang... pagi2 mase nak punch card aku pun tanya uncle driver lori :

aku : uncle, you smoking ah?
uncle : takda... napa?
aku : takda apa... tanya saja
uncle : ooo ingat lu mau kasi rokok...wa hisap rokok jugak tapi jarang laaa...

aku pun seluk2 beg aku.

aku : nah, ambik lah... boyfren i tertinggal, i kasik uncle saja.

ADA APA DENGAN PLAT?
tahukah anda, kenapa plat JMF takde kat johor?

plat johor yang terbaru pada Mon Mar 28 17:35:00 2011 ialah JMU XXXX
tapi plat JMF takde! dari JME terus ke JMG...
sebab plat JMF hanya untuk
JOHOR MILLITARY FORCE (Askar Timbalan Setia Negeri Johor)
arwah atuk aku dulu pun anggota TSN pada zaman jajahan jepun dulu =)

STATUS FB YANG MELOYAKAN!
ade la sepasang merpati sejoli yang baru jek kawin... diorang ni memang suke hapdet status syiok sendiri... kejut laki bangun tido pun nak pakai FB! mintak maaf sebab wat salah (eleh..salah kecik je pun) nak tulis kat fb... saja la kan nak tunjuk diorang tengah bahagia...

malas nak komen. kang kata aku jeles pulak. padahal meluat.... : uwekkk
btw, si suami tu memang suke hapdet kisah2 personal kat public... aku tau kronologi dia putus tunang pun dari fb je...tak payah susah payah tanya tuan badan.

AKU NAK JUAL BEG!
ok... last berita. aku ade beg nak let go...
beg ni aku beli dari HONG KONG...baru sampai semalam. dun worry la, ni bukan beg kulit haiwan yang kaler pink, ade lobang idung yang besar itew... beg ni diperbuat dari FAUX LEATHER atau dalam bahasa melayu = kulit tiruan la...

beg ni beg baru, tak pernah guna lagi. Beg silang ni berzip. Selain tu ade satu poket berpenutup magnet dan satu saku berzip kat belakang. Dalam beg beralas kain dan ada poket untuk letak handphone. Tali boleh dilaras maksimum dalam 18 inci. Cantik kalau dipadankan dengan jeans....

harga RM50... harga kawan2...sile la ym aku...

+=+=+=+=+=+=++=+=+=++=+=+=++=+=+=++=+=+=++=+=+=++=+=+=++=+=+=++=+=+=+

No comments:

Post a Comment