16 March 2011

NAK UPDATE AJE


rase macam dah lama aku tak taip blog. ehhh ade orang kesah? ceh... sape la yang nak layan blog aku ni, semua pembaca jari bisu yang tak komen ape2 lately... ntah2 penyakit bosan yang aku alami skrang ni telah menular menjadi wabak dan jangkit kat sape2 yang baca blog aku...



well...

sepatutnya aku siapkan custom album malam ni, bukan malam ni jek...patut dari semalam dah laju progress. ni yang laju kat porem... masuk opis dok hadap porem... itu pasal aku tak mengarang ayat dalam blog. semua isi hati tisu dah diludahkan kat porem. termasuk la sesi kutuk mengutuk serta sesi luahan sarkastik sampai muntah. esok2 aku dah sembuh, ilang la dari dunia porem...

ape aaa nak jadik ni, keje tak fokus. dah 2-3 kali kena marah dengan boss freelance job sebab cuaiiii.... agak nak kena pecat, sila la buat lagi 20-30 kali kesalahan yang sama. konfem beliau tarik balik jawatan editor tu. you're fired!! cheh!

2-3 minggu ni jari2 aku terkena penyakit gatal2 bile masuk web ebay, lelong, blog jualan online mahupun kedai fesbuk... memacam lak selera koo nak membeli yerr... kerana jari yang gatal ni laa jugak june dapat bahana....kan kan kan, ape lagi... sila la update blog ko tu, roti pun dah berkulat beb!

well... aku usha jek. mana yang aku rase nak beli dan perlu beli, aku beli laaa (perlu laa sangat!) time aku kat rumah ni kan, kekadang tu rase gatal je bijik mata tu nak usya itu ini...jari2 tu rase mengenyam lak nak order online. tapi hati kata... lek2 esok je ko buat kat opis.

tapi esok bile kat opis, wa dah takde mood nak shopping online. ape aku wat seminggu ni?
cek email, bukak fb, bukak blog, bukak forum
cek email, bukak fb, bukak blog, bukak forum
cek email, bukak fb, bukak blog, bukak forum

sile ulang selama 8 jam haku duk kat kosi opis tu...dok dalam porem dah sikit lagi nak sama ngan fb atau ym, dah tuuu... balas2 komen tak berapa minit. lajuuu jek ko yer!

pastu jadi weng... macam skrang....
aaa nak makan coklat la...

tapi nak gi beli kat kedai apek depan rumah tu pun malass! tah kenapa aa ngan aku neh...sindrom PMS kot?? ape tu PMS?? >>>> PeMalaS

hari ni mak aku tak niaga, so aku bole balik rumah terus...wieee...
eh eh ehhh chop chop...kena gi amik gambar kawin yang dah siap cuci la pulekkk

dah la jalan gi tempat tu tak sehaluan dengan jalan aku nak balik rumah...time hari keje lak tu... huarghhhh benchientaaa la plak nak pegi. tapi takpe, sian kat boss, nak collect payment cemana kalau gambonya dak siap2...lain la aku kan, siang2 dah mintak advance.... ekekeke. teruk tul!

ok, cakap pasal jalanraya ni, hari ni aku macam jumpe ramai orang yang malas nak petik signal... kalau lampu signal tu rosak tak tau la aku... tapi aku yakin, lampu signal tak rosak, yang rosak tu kepala hotak yang memandu kenderaan tu....

ok, gile geram aku petang tadi. ni semua habit...habit malas nak petik signal, rabbit pun tak malas macam ko lah! tu lom lagi layan orang perasan giler drive keta kebal kat lane paling kanan.... y keta kebal? sebab keta kebal kan gerak slow... gabak lak tu! kekadang yang menunggang pun sempat berangan tengah drive keta kebal tau! lagi sakit jiwaaa sape yang ikot belakang. bole buat perarakan kenderaan behias lah!

ape lagi aku nak bebel? ok la, sambung esok lak!

No comments:

Post a Comment