23 March 2011

MINGGU BUAT-BUAT SIBUK

minggu ni, minggu aku bz wat keje.



chewah! hari isnin pagi2 masuk opis, terus siapkan keje2 aku yang terbengkalai.

antaranya custom album... gambar tak banyak pun, aku leh amik masa lama nak siapkan album tu. kurang rajin. hari ni kena hantar jugak, tinggal nak siapkan cover je. ala kacang putih je tu... eh kerek plaks.

maklum la, minggu2 yang lepas aku duk merempit kat forum, blog dan segala ape je yang aku bole baca dan komen....tak wat keje. eksen sibuk jek.

macam biasalah, kalau ade keje freelance, keje opis pun menempel skali. minggu ni budak2 opis aku tau la aku busy, sebab bos kat HQ asek call aku jek, sehari 2-3 kali call. dari sebaik2 mood aku layan job opis, sampai mood aku jadi up n down sebab amendment yang kekadang tu wat hati aku jadi hangattt jek. tapi takpe, layankan....

kan bagus kalau mood aku maintain camni, wat design pun sedap mata aku nak tengok. tapi kekadang tu bos dah amend design tu aku rase cam huduh lak. hahaha

ahad lepas aku jalan2 gi singapore... masuk jap je, lom sempat asar aku dah keluar balik ke tanah air, bukan ape, takut jammed kalau balik petang2 sebab esoknya dah start naik sekolah. dah la limit kena balik rumah pukul 6 petang. tapi last2 terlambat jugak sebab dok singgah lama sangat kat 1 kedai tu.

sampai rumah dekat pukul 9 jugak, mem ngan big boss ok jek. tapi kena gak sedas dua... nak mintak izin pegi singapore pun bukan senang, kena bentangkan kertas kerja dan jadi peguam bela diri selama 2 hari 1 malam... kena la tahan telinga sikit
baru la dapat green light, tapi tu pun yang tak berapa nak cerah la.

keluar dari singapore, terus gi makan... giler nak makan kat singapore, aku ni dah la tourist termiskin, bawak SGD 80 jek (bersamaan RM200) tapi duit tak nampak ape, just untuk kos jalan2 jek dan tapau murtabak. macam la kat sini takde murtabak kan...

lepas makan, layan merong mahawangsa. nasib baik tak ramai orang macam selalu. tiket pun ngam2 fit ngan timing yang aku nak. itu pun dah nak full booked.

aku bukan pengkritik filem yang baik, jadi takde komen, okey je citer tu, best. macam ni la contoh filem yang nak lari dari genre filem melayu yang lain. ehh tetiba terkomen lak. huhuhu
tu yang naik keje hari isnin mood jadi berkobar2... poyo. mood happy.

isnin, balik keje, mata rasa tak sedap. rasa macam mata aku bengkak. lagi2 time drive waktu malam. tak selesa. dan dan aku gigih drive gi kedai cermin mata yang paling dekat ngan rumah.

aku pernah pegi kedai ni sekali je, sebab nak tukar transparent pad (yang kat tengah2 spec untuk alas hidung). jadi sempat la usha harga spec kat kedai tu. pada aku not bad la, banyak pilihan, dan aku rasa harganya pun murah. cuma kedai tu old school la... poster2 pun dah lusuh, ade tu frame yang nampak dah lama display kat situ.

sampai kedai tu, memang takde customer, lengang la. aku pun start pilih frame.. memang tak reti nak pilih sebab banyakkkk pilihan. kali ni aku pilih lens jenis lain, selalu memang prefer multi coated lens. aku tanyakan harga transition lens. impressed jugak sebab harganya jauh lebih murah dari yang aku sangkakan. "pakcik" tu pun baru jek buat spec baru selepas dia terpijak spec lama dia yang tak sampai setahun pakai. ape lagi.. ranap la. mau bengkek je kalau aku bagitau dia kedai ni offer transition lagi murah...

tapi aku tak pilih transition lens, staff kedai tu kata ada lagi satu jenis lens yang dipanggil photogray lens, lebih kurang macam transition tapi lens tu nak tukar jadi gelap lambat sikit la dari transition. pikir2, aku pilih lens tu je la.

aku dah lama tak pakai spec, ganti pakai contact lens. spec pakai kat rumah je, dan spec lama tu dah 2 tahun lebih, frame pun dah nak patah. tapi aku notice macam power dah naik. so aku mintak staff kedai tu check mata aku untuk dapatkan power sebenar.

aku terkejut la bile dapat tau, power mata aku dah naik sekali ganda dari power asal! sebelum ni power aku tak jauh beza, naik macam tak naik je la. kali ni obvious betul. haa pakai la lagi contact lens... cuma dulu ade rabun silau, skrang dah takde? aneh gak.

dia cakap siap dalam 2-3 hari sebab kena order. tup tup semalam dia dah call bagitau spec dah siap. malam tu jugak aku gi amik. excited punya pasal

aku datang, bawak adik aku skali. bile nak balik, staff yang layan aku tu cakap "anak ke?" haaaaaaaaaaaa
aku jawab "ahahah...adik laaaa!"

budak tu tergelak muka macam serba salah. mesti dia tak baca details yang aku dah isi kat formtu, kalau tak, takkan laa tak perasan aku lahir tahun bile. kalau kata adik aku tu as anak, jawabnya aku beranak lepas tamat SPM laaa....

rase diri tua? tak laaa.... aku bukan kisah sangat orang nampak aku tua ke muda ke...

sekarang aku kembali menjadi gadis berkaca mata... no more bold and brown eyes...
ps : tetiba rasa macam gaya cekgu2 lak.... perasaaaannn!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment