01 March 2011

FACEBOOK



opis senyap... yang berbunyi cuma mesin... mesin dari kilang seberang jalan pun aku bole dengar sebab opis aku senyap giler. kadang2 mesin fotostet menyampuk. kadang2 pintu stor dikuak, kadang2 bunyi kotak2 yang kena hempas ke lantai... sekali sekala telefon pulak bersuara...

aku pulak.. dok scroll scroll mouse tengok fren list kat fb. bunyik ketik keyboard langsung takde... bukan je dari keyboard aku, malah seluruh keyboard kat opis mendiamkan diri. ehh ehh diorang ni semua takde keje ke?

aku? aku ade keje..banyakk... macam biasa la. bile freelance ada, keje opis pun kunjung tiba. kalau tak... haremmm. ni jam la orang tu call, orang ni call mintak memacam. keje opis ni kalau tak datang saing ngan keje freelance tak leh ke?

ok balik citer pasal "facebook" atau bahasa urban kata "ef-bi". aku rasa la, rata2 orang yang suke "bertenet" mesti ada fb. ehh anak jiran aku lepasan SPM yang takde laptop ngan line internet pun sibuk tanya cemana nak register "fb" sebab kawan2 semua dah ade fb. agaknya kalau takde fb ni ketinggalan la yek.

okey... bulan ni jek aku dah ber"jejak kasihan" dengan beberapa orang schoolmate dan sepupu yang tak berapa nak sepupu lagi lah. fb ni memang kecik je kan. kawan dia ni rupenya sedara kita, kawan dia tu rupanya kawan kite jugak, silap2 laki mu pun laki ku juaaaa... mampus.

al kisah kawan aku masa skolah menengah berkawan ngan kawan aku masa skolah rendah. daaahhhh! kena.

apa la lagi...sesi add meng"add" - sesi meng"upload" gambar2 selekeh comot momot zaman skolah - sesi meng"tag" sesiapa yang berkenaan... oh malu! tapi bile check2 fb si kawan lama tu rupanya laaaa anak dah dua. dari satu kawan lama akan membawa pada beramai2 kawan lama. sebab biasanya 1 member ni ada link ngan member yang lain.

ulang balik la sesi add meng"add" tuh.

tapi aku ni pulak rajin jugak mendelete sesiapa yang tak berkenaan. hehehe. jadi kalau nak add kawan2 tu, aku tengok jugak, adakah dia dalam kategori :

- kawan betul...
kawan yang aku ada no phone dia, slalu sms, ym, email, jumpe, dating... ehh ehhh.. kalau tak add memang nak kena!

- kawan skolah / kolej. kawan skolah pun ada banyak jenis.
kalau kawan yang....
>>> duk sebelah meja masa skolah, slalu share2 curik makan bawah meja, curik2 hantar sms kat boypren... CONFIRM ADD!
>>> kawan kelas sebelah yang selalu wat lawan gado, time rehat jumpe tempat biasa, nak lawan gusti... CONFIRM ADD! (tapi aku takde kawan camni)
>>> kawan kenalan... kawan satu skolah tapi dia budak kelas pandai, pernah berbual "eh cikgu HEP nak jumpa ko kat bilik rehat" tapi lepas tu tak pernah cakap lagi....CONFIRM TAKKAN ADD!
>>> kawan atas kawan.... kawan tu sekelas ngan ex boypren mase form 5.... tak pernah bercakap.... CONFIRM TAKKAN ADD!

sedara mara >>> aku add tapi banyak benda yang aku private kan dari diorang. ha ha ha

last : ENEMY! >>> lagi aku tak nak add!

kawan opis >>> tak nak add, nanti nak bebel pasal keje, kutuk boss, tak leh...

lain-lain : kawan yang aku kenal tapi tak "berkawan". yer.. aku kenal dia, dia kenal aku, tapi tak pernah bercakap, takde connection, pun aku tak add dia...

kalau ada frenlist aku yang jadi "patung" dalam fb aku, memang chances nak kena kick dari FB tu ada. jadi, 90% frenlist mestilah terdiri daripada orang2 yang aku kenal, berkawan, ada connection tru ym dan phone... senang cakap, hanya yang betul2 "berkawan" dengan aku lah.

selebihnya adalah penjual2 yang sekadar menggoda aku untuk sedekahkan duit aku kat diorang... seperti penjual2 pakaian, tudung, produk kecantikan dan makanan kesihatan. takpe. i like.

tadi aku sempat tengok list "People you may know"... wahh berpinau mata nengok. ade yang aku kenal, ade yang langsung tak kenal. tapi yang aku kenal tu... setakat kenal la. bukan kawan2 pun. so ignore je. paling tak pun aku tengok page diorang. kalau ade gambar yang tak private, leh cuci mata.

kalau dah kawin, MESTI WAJIB letak gambar profile laki bini (mungkin aku pun nanti camtu) baru la skendel2 lain tau yang u dah berkahwin....

kalau hanimun oversi WAJIB KUASA 3 letak kat profile, kalau tak nanti orang tak tau animun ke mana...

kalau dah dapat baby, punnn nak letak kat profile jugak. (biasanya anak 1st la, kalau anak ke 10 nanti tak tau la larat lagi buh kat fb ke tak)

pada aku, aku tak kisah. biarlah. fb orang, suke hati la nak letak ape pun. tapi melalui survey dari cari.com, ramai jugak yang meluat dengan pix2 dan status2 kat fb. kekadang tanpa disedari fb ni dah jadi medan nak menunjuk2 pulak. memang ada jugak yang sengaja show off dengan kata2 "kerek giler" kat fb tu... mampus aku tak layan...hide terus!

apa pun terpulang pada masing2 untuk menilai. kekadang tu bukan ape... ada kawan2 nak la tengok gambar kawin, animun kat mana, tengok gambar anak, gambar masak2, gambar itu, gambar ini... jangan gambar lucah sudah la yek!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment