04 March 2011

Adakah Salah Aku?


Beberapa hari lepas aku menyertai kursus pra-perkahwinan kali yang ke 3 selama 2 hari. Dalam kursus tersebut ia telah mengembalikan nostalgia perkahwinan aku yang lepas, perkahwinan yang gagal. Aku kah yang salah dalam perkahwinan tersebut? Aku muhasabah diri.


Ramai yang sertai kursus tersebut dan mejoritinya muda-muda dan terbanyak dari golongan perempuan. Difahamkan dari kajiselidik pihak jabatan agama, peserta lelaki mejoritinya yang ambil kursus kahwin sekarang akan berkahwin dalam masa terdekat berbanding peserta perempuan yang tidak semua akan berkahwin dalam waktu terdekat. Apa kaitan kajiselidik ini? Akan aku terangkan kejap lagi.

Semasa kursus tersebut topik utama yang sangat-sangat aku nak dengar ialah tanggungjawab suami dan isteri kerana 2 perkara inilah yang menyebabkan penceraian dan dijadikan alasan pihak isteri mohon cerai. Semasa ustaz tersebut aju soalan 'apakah tanggungjawab atau nafkah zahir suami kepada isteri' terhadap peserta wanita, mereka menyebutkan beberapa perkara antaranya:

1) Duit
2) Beri Barang Kemas
3) Tempat Tinggal Selesa
4) Pakaian

Begitulah turutan yang mereka faham selama ini dan aku akui bahawa kebanyakan (tak semua) isteri memang utamakan duit dari yang lain sehingga menjadikan duit sebagai tunjang utama dalam senarai tanggungjawab suami kepada isteri padahal dalam ajaran islam bukan itu. Memang kebanyakan (tak semua) golongan isteri tak memahami ajaran islam dan tidak jadikan sunnah nabi sebagai panduan dalam berumahtangga.

Dalam ajaran islam tanggungjawab atau nafkah zahir suami kepada isteri adalah seperti berikut:

1) Berikan makanan halal dan baik

2) Berikan pakaian bersih yang menutup aurat

3) Berikan tempat tinggal yang selesa

4) Mengeluarkan perbelanjaan dalam perubatan

Itulah yang aku berikan kepada 2 bekas isteri aku sebelum ini semasa dalam perkahwinan dulu tetapi mengapa aku tetap dan masih dituduh tidak bertanggungjawab semata-mata tidak memberikan duit kocek kepada mereka? Kadang-kadang ibu bapa mertua sibuk dengan hal pemberian duit dari aku kepada anak mereka walhal isteri aku bekerja. Pasal duit aku tak kesah sangat. Kalau nak aku boleh bagi tapi kena sabar le. Duit bukan datang bergolek dari langit.

Semasa kursus tersebut, peserta wanita juga ditanya 'apakah tanggungjwab isteri kepada suami'. Tiba-tiba semua peserta wanita senyap..tak berkata apa. Kenapa? Tak tahu? aku berbisik dalam hati..huhu..begitulah zaman sekarang. Isteri terlalu sibuk dengan persoalan tanggungjawab dan pemberian nafkah suami kepada isteri tetapi tak terfikir tanggungjawab mereka kepada suami (maaf..tak semua isteri ). Adakah mereka mampu laksanakan dengan betul?

Dari segi statistik dari Pejabat Agama Islam, mejoriti yang meminta cerai adalah isteri dan alasan utama ialah mengenai tanggungjawab suami. Dalam kes aku..adakah aku yang bersalah selama ni? Pada statistik itu juga aku tersenarai. Aku nasihatkan kepada isteri dan bakal isteri, utamakan yang wajib dalam perkahwinan dari memikirkan hal-hal kepentingan diri sendiri.

Berkenaan dengan kursus kahwin memang sangat bagus tapi kepada kaum wanita ambillah kursus tersebut bila anda benar-benar bersedia akan berkahwin dalam masa terdekat dan jangan masuk semata-mata nak dapatkan sijil atau suka-suka kerana kalau berkahwin dalam masa terdekat, ilmu dan nasihat dari kursus tersebut masih fresh dalam fikiran kita tetapi jika berkahwin 2 atau 3 tahun kemudian, adakah ilmu dan nasihat kursus kahwin tersebut masih dalam fikiran kita? Sebab tu banyak yang cerai (tak semua) selepas terlalu lama ambil keputusan berkahwin.

Aku menulis artikel ini berdasarkan pengalaman sendiri bersama 2 bekas isteri aku yang lepas. Aku harap pengalaman ini membantu rakan-rakan lain yang ingin mendirikan rumahtangga dan yang sudah berumahtangga. Kalau ada masalah kembalilah kepada Allah iaitu rujuk Al-Quran dan Sunnah Nabi. Jangan terlalu mengikut bisikan syaitan dan hawa nafsu. Istiqfar lah banyak-banyak. Diharap perkahwinan yang dibina akan kekal selamanya hingga akhir hayat. amin..

Ikhlas,
Nazri Salleh
Studio Inspirasi NS

No comments:

Post a Comment