02 February 2011

TERLUPA



semalam kan aku keje half day. beriya2 la mengemas, pastikan takde menda yang tertinggal kat opis. pengalaman tertinggal purse kat dalam meja opis jadi nightmare pada aku. nasib baik la tu 1 malam je, esoknya keje dan purse tu masih di situ.

semalam jugak, aku janji dengan member yang nak kawin sabtu ni, nak pass buku aku terima nikahnya kat dia, nak dibuat hantaran. beriya2 aku ingatkan appointment aku petang tu ngan dia. tapi... lepas sejam aku blah dari opis tu baru laaa aku ingat yang aku tak amik pun buku yang aku nak pass kat dia tu. elok je cantik susun dalam drawer aku, tak amik bawak balik. aku dah cuak. sebab buku tu skrang ni memang susah sikit nak dapat. dia plak dah confirm nak buat jadi hantaran. masakk aku!!

rasa bersalah menghantui kepala hotak aku.

tapi... Allah permudahkan urusan orang nak kawin ni kan kan kan....dia jumpe buku tu kat kedai buku lama yang aku pun tak tau kat mana kedai buku tu.... pun limited unit, tinggal 2 ketol. dia beli satu, jadi tinggal seketol. alhamdulillah. tak rasa ralat lagi.

tup tup...
pagi ni, aku nak kemas file2 dalam HD aku, aku cari dalam beg kerja...
TAKDEEEEEEEE


aku dah risau.... aku cuba ingat2 balik, aku ade ke tidak amik HD tu? aku rasa macam ada...tapi nape takde dalam beg? atau aku memang terlupa nak amik HD tu? aku memang selalu plug in, plug out HD tu, so tak dapat nak recognize sama ada aku ade ke tak amik benda tu

jadi untuk sedapkan hati yang dah tak sedap sangat ni, aku anggap je la yang aku tak amik HD tu, lepas switch off plug pc opis, aku balik terus, terlupa nak amik HD kat atas CPU opis. harap2 macam tu lah. giler ooo, penting file2 dalam tu

habis, pagi tadi, sebab dah stress risaukan HD aku tu, aku gi tido sampai tak leh tido lagi ni.... skrang nipun risau lagi sikit2. dahh aku tak leh nak wat keje freelance kat rumah. dah la cuti seminggu....

aku tertanya2... kenapa? mengapa? bagaimana?
time ni la baru ingat "kalaulah aku..." "kenapa lah aku..."
yerla, kenapa benda yang aku dah ingat dan biasa buat tetiba bole terlupa nak buat bila tiba masanya???

kawan aku yang nak kawin tu pernah cakap "kadang2 Allah tu tutup kejap hijab kita..."

No comments:

Post a Comment