21 February 2011

SESUATU YANG TAK TERPIKIR

AKU SUKE BUBUH ICON ONION HEAD NI...CUUUMELLL

ehhh kat opis aku ni ade satu radio yang kekadang aku rasa nak campak je ke bawah opis. kejap kuat, kejap perlahan. aku ingat scroll volume dia tu dah rosak lah. kalau terkuat tu memang aku rasa bingit giler opis ni.

aku yang duduk meja paling depan pun dah bingit, ape lagi amoi yang duduk depan radio tu. yang aneh tu, tahan lak telinga dia tu...tak reti nak perlahankan. bile ada call masuk atau ada boss, baru tak dengar bunyik radio. atau bile radio tu memang dah bengong sangat, memang off terus. baru la aman sikit.

semalam aku jumpe dengan kak reha - exbos aku masa keje MTM dulu. aku tak pernah jenguk mimi sejak aku kasik anak kak reha jaga. so semalam pun aku free2, keluar la kejap lepas zohor. aku jumpe mimi kat rumah kak reha ditemani anak2 kak reha je sebab kak reha ade keje kat opis. so... lepas aku dah belek2 mimi, aku pi opis kak reha. opis ngan rumah dia tak jauh pun. kak reha pun gi keje jalan kaki je macam ni :

macam biasa, kitorang ni kalau jumpa, banyak betul benda menarik + masalah2 yang diceritakan. kalau nak cerita semua, sehari semalam pun tak cukup.

cuma kali ni ada satu dialog paling ringkas tapi sangat aneh? pelik? unik? bak kata sesuatu yang lain dan aku rasa ianya agak sensetip jugak lah.

dulu, kak reha pernah la tanya aku, sama ada aku ni dah ade bf ke belum? aku ni bukan la awek yang hot sangat, life aku pun biasa2 je, so aku takde laa nak open sangat bercerita kisah aku dan dia kat semua orang. malu aiii...

jadi masa kak reha tanya tu, aku jawablah takde bf! sebab time tu aku malas nak citer panjang2. kalau jawab ade nanti, maka berlanjutan la kisah aku dan dia tu. so jawab je, takde. fullstop.

al kisahnya semalam tu bukak lagi cite pasal ni... kak reha dah tengok profile pix aku kat fb... yala yala... gedik bubuh profile pix berdua, kekonon nak adil dan saksama la sebab si dia yang terlebih dulu bubuh muka kitorang yang berapa commercial jadi profile pix. clear lagik! tak lama tu aku pun letak gak tapi edited version lah.

ok...since that time kak reha tau lah aku dah ade steady. lagipun kat status relationship dah ade tulis. jadi semalam dia kata... actually masa dia risik2 aku dah ade bf ke belum tu sebenarnya risik untuk hubby dia...
ok aku copy paste balik supaya korang baca dua kali.
kak reha sebenarnya risik untuk hubby dia...
ye.... kak reha nak propose aku untuk huby dia as calon isteri yang ke...
(
ops! biarlah rahsia) secara tak langsung juga risik as calon2 madu kak reha....
haaa kau! nasib aku tak terjatuh dari kerusi... terkejut king kong aku.

tapi aku just say "haaaaa???" pastu gelak-gelak-gelak-gelak tapi otak tepu.

yer...tak terjangkau kepala hotak aku ni nak digest.

dah la mase tu hubby dia pun ade skali kat situ, tapi tengah pi amik makanan...so tak dengar la ape kitorang borakkan. aku kenal la hubby kak reha, since aku keje 1 opis ngan kak reha lagi.... aku ngan kak reha pun okey, mesra, jadi pernah jugak la jugak bercakap ngan hubby dia kalau dia ada skali time aku jumpe kak reha.

tapi anak sulung hubby kak reha ni muda 2 tahun je dari aku... bole imagine tak? cemana? pehhh...aku tak leh imagine beb. aku pun panggil hubby kak reha tu "encik"...paling tak pun ade terasa nak panggil "uncle"... cuma hubby kak reha tu bahasakan diri dia "encik (
nama)" so aku panggil "encik (nama)" jugak lah.

ehh ehhh ehhh jangan pulak bayangkan hubby kak reha ni tua ganyut dah.... oo tak tak. frankly typing, hubby dia smart... masih hensem...

lagi ensem dari si dia (
ohh.... harap2 dia tak jumpe entri ni) ala... macam ayah & atuk aku jugak, dah tua tapi masih smart dan ensem... :wink : wink
bukan la atuk tua yang selekeh pakai tongkat tuuu.


jadi aku takde komenlah, sebab benda ni aku tak terpikir dan setakat ni aku rasa tak mungkin berlaku lah. jadi watpe nak pikir....kan?


ps : kalau nak komen pasal isu poligami, aku sendiri pun lom kawin. orang kata, awek single cam aku ni tak layak komen pasal poligami. jadi zip saja mulut, simpan je la komen aku tu...
by the way, aku rasa la kan, mesti ramaiii suami2 yang teringin nak beristeri macam kak reha... kan kan kannnnn.... tengok2 tu dah senyum2 baca entri aku.....


+=+=+=+=+=++=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=++=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

No comments:

Post a Comment