10 February 2011

MOOD TAK BERAPA NAK BEST



ada orang kata, kalau kita ni banyak sangat bercakap, banyak lah silap. bila banyak silap, banyak lah dosa.

antara kelebihan sifat dan sikap baik seseorang manusia tu pasti ada kelemahan sifat dan sikap buruk. itu lumrah. cantik - hodoh, bijak - bodoh, kaya - miskin...

kadang2 sesuatu kelebihan yang kita ada bole memberikan impact yang bagus atau impact yang buruk. sebab itu bersederhanalah dalam sesuatu hal. lebih pun tidak, kurang pun tidak. biasa2 aje.

aku ni sejak kecik sensetif orangnya. sensetif aku ni ada baik dan buruk. tapi aku nak citer impact yang tak bagus la kalau terlalu sensetif ni. mase aku muda2 dulu, aku lagi sensetif. tak bole kena usik. asek nak sentap - merajuk aje. anak manja ke?

aku pun tak nafikan aku ni orang yang susah nak terima pendapat orang lain. kalau komen atau pendapat aku bertentangan dengan orang lain, mulalah sentap. since aku sedar sikap sensetif tak bertempat tu tak membina diri aku, jadi ubahlah pelan2....aku tak boleh harapkan orang keliling terima seadanya aku. at least, perbaiki diri untuk jadi orang yang lebih baik.

dulu aku pernah bercita-cita nak jadi peguam, nasib baik la tak jadi peguam, kalau tak, confirm asyik kalah aje. yerla, tak sanggup berdebat dan berdepan jika hujah2 aku dipatah2kan macam tu je kan....

sekarang masih ada la sikit2 sikap tu.... dalam pada masa proses nak kikis sikap sensetif tak bertempat ni, aku kena la cari solution lain untuk handle situasi aku. contohnya kalau aku ada terasa hati dengan kawan2 ke, komen2 kat blog atau fb yang buat aku sentap ke.... lepas tu aku akan senyap. bukan merajuk. tapi aku rasa dari aku komen atau berikan pendapat yang tak boleh diterima orang lain, atau lebih teruk kalau bakal menyakitkan hati orang yang baca atau dengar, better aku diam aje.

dah banyak kali jugak aku taip dan delete komen sebelum aku tekan enter. aku pikir masak2 sebelum teruskan komen. kalau ada bantahan atau tentangan terhadap komen dan pendapat yang aku berikan, anggap saja itu hak masing2. pendapat seseorang tak semestinya betul atau salah. itu kebebasan bersuara. selebihnya aku abaikan saja. malas nak layan. angkat kaki sajalah.

semakin aku tua, semakin aku kurang sensetif yang tak bertempat... bukan takde langsung. ada, sensetif tu perlu bagi aku, cuma tak lah terlampau sensetif dan tak bertempat. aku masih terus belajar mengkebalkan hati dan bersikap terbuka. so, takde la aku emo dan sakit hati tak memasal. sikap macam ni, bukan saja menyusahkan orang keliling, tapi tak bagus untuk kesihatan diri sendiri. kalau emosi selalu tak stabil, selalu nak sentap, mesti mood jadi tak best. bila mood tak best, apa yang aku nak buat pun rasa tak seronok. dan kawan2 pun tak nak kawan ngan aku... yerla, karang silap cakap sikit, dah terasa. macam la aku tak pernah tersilap cakap dan sakitkan hati orang lain. yer... sometimes perkara macam ni kita tak sedar.

aku jugak orang yang tak suka ingat perkara buruk, tak suka ingat sejarah silam yang hitam. memang betul, pengalaman adalah guru yang terbaik. walaupun kisah silam itu pahit, tapi ia telah memberikan aku pengajaran. tapi kalau boleh, memang aku nak delete terus dari memori. perkara2 lepas yang tak seronok tu tak payah nak kenang. kalau aku ingat balik, aku boleh morale down. sebab tu aku tak suka nak ingat, aku tak nak kenangan2 yang buruk tu menghantui hidup aku sekarang dan masa akan datang. just, kutip saja pengajaran. tapi tak payah kenang.

banyak sebenarnya kesan2 yang buruk kalau terlalu sensetif, macam juga kalau terlalu nak jaga hati semua orang, susah kan? tak perlu aku huraikan lagi (dah taip huraian tapi delete gak).

No comments:

Post a Comment