16 February 2011

Jangan terpedaya...AOWA PENIPU part 2

ok.. sapa2 yang pernah baca PART 1 berikut adalah sambungannya...

hari tu kan aku dah pun submit report kat TTPM berkaitan kes tu. lepas tu aku dah malas nak amik tau. kiranya pasrah aje la.

tup tup satu hari tu si dia bgtau surat dari TTPM sampai kat rumah dia. masa aku buat report tu, memang aku alamatkan ke rumah dia. sampai laaa ni aku tak pernah tengok pun surat tu... haha

ok, mengikut isi kandungan surat yang dibacakan tu, aku kena hadir ke mahkamah pengguna pada 24 februari ni.... dan hantar salinan aduan tu pada company yang aku maksudkan. tapi aku tak hantar.

dalam pada aku tengah pikir2 nak hantar ke tidak copy surat tu, aku dapat call dari pihak management company tu. diorang dah dapat surat dari TTPM. aku pulak yang confuse, bukan ke sepatutnya aku kena hantar salinan aduan tu? hmm mungkin TTPM sendiri pun ada hantarkan salinan report kat diorang.

ok la, aku pun ape lagi, komplen habis2 kat orang yang call tu. mengikut ape yang orang tu kata, actually company dah bgtau kat semua staf2 diorang, jangan buat promosi ala gores dan menang / cabutan tak bertuah ni... jual macam biasa aje. tapi tak sure la kalau orang yang call tu pun saja nak coverline...

betul kata orang2 yang pernah terkena ni, company memang takkan nak pegi court. so orang tu pun pujuk lah aku. diorang mintak aku tukar barang if aku tak nak vakum tu. sebenarnya aku nak diorang refund duit, tapi kalau tukar barang pun ok....

baru2 ni si dia ade pergi ke carefour sutera mall tu dan saja tinjau2 booth aowa tu la. tapi ade pun staf2 diorang buat promosi tipu tu... jual macam biasa saja.

lepas aku dapat call kali ketiga yang telah mengarahkan aku tukar barang kat booth yang sama, aku pun pegi la semalam. semalam kan cuti maulud... tapi tu la, kebanyakan seller ni time kite nak beli barang2 dia, muka and cakap bukan main manisssss.... mase aku datang nak tukar barang tu, staf dah tak sama macam mase aku beli barang. tapi muka kelat habissss.... lantaklah kan.

aku dah pikir, kalau diorang banyak citer, aku nak cakap "pergi court or just exchange this stupid things?" haha. tapi diorang tak bunyik ape pun.

ok.. nak tau ape barangnya? ni haaa

MULTIFUNCTIONAL ROBOTIC AUTO VACUUM - switch on dan letak je atas lantai nanti dia bergerak sendiri vakum lantai seluruh rumah...

tukar kepada

15-PIECE 3 COMPOSITE LAYERS 18/10 STAINLESS STEEL COOKWARE SET
- periuk stainless steel solid

berat giler set memasak ni, periuk tu kalau ketuk kepala staf aowa ni bole pengsan!

untuk kawan2 dan reader yang baca cerita ni, berhati2lah lain kali. sebelum ni aku tak pernah tau pun ada kes macam ni berlaku. so aku pun tak nak terjadi kat korang nak2 kalau korang memang tak nak pun benda2 ni semua...so beware!


No comments:

Post a Comment