07 February 2011

CECITER CNY 2011

UPDATE CUTI CNY 2011


ingat korang je nak update cecite CNY? aku pun nakkkk....
tapi kena taip lelaju, sebab dah lama sangat aku terkurung kat bilik ni... family semua kat bawah layan tv 9. isk isk iskkk... memang internet tak bagus kalau kita hadap lama2... ah! sudah, mula nak jadi tukang karut plak.

ok... aku cuti CNY ni biasa la... memang tak sah kalau tak makan seminggu, ni memang standard la kalau ber"bos"kan chinese. dolu2 punya opis pun sama camtu...jadi, aku dah tak masuk opis since rabu lepas 02022011 sampai laaa hari ni. esok pun masuk opis tapi just untuk makan ringan2... like kuih2, meehoon, buah2an... dan aku ada sponsor cupcake... diorang kata aktiviti makan2 ni "Heng Kang". aku try google ape itu "Heng Kang" tapi tak jumpa result yang betul.

kat opis aku ni, setahun 2 kali ada buat makan2 atau dipanggil "annual lunch". satu semasa CNY dan kedua masa Hari Raya. Deepavali tak dak. ok...so annual lunch kali ini di adakan kat Pulai Springs Resort beberapa hari sebelum cuti CNY. cuma aku tak ngambik gambar lah. hadap je makanan... biasanya time CNY, makanan semua jenis Chinese Cuisine lah. tapi halal. termasuk la "Yee Sang". yerp, aku pun dah suka makan "Yee Sang" sejak kali pertama rasa. nyum!

apa itu "Yee Sang"?

dan satu lagi, acara lucky draw. tahun ni, aku dapat voucher jusco bernilai RM100... tu lah dia aku gunakan wat beli periuk belanga... hihihi

ok, cuti CNY ni duduk kat rumah aje, jadi memang boring lah. lagi2 bile HD aku takde, lagi aku rasa "uhhhh bila laa nak gi opis ni" (sebenarnya takut kalau ilang, aku harap betol la ade kat opis)

ok...berikut serba sikit cite tak la best sangat time CNY kali ini :

01/02 Selasa :
keje half day. pukul 12.30pm dah punch keluar. lepas tu terus pegi lunch dengan cik liya - ex osmet masa blajar kat KL dulu. mamam pizza hut untuk kali ketiga dalam sebulan... abes aaa gemok aku camni (T_T). ambik skali gambar customer yang dah siap cuci. lepas makan, hantar dia balik opis, aku pulak terus pegi bank. nak raya kan...aku tengok mostly bank2 pun ramai orang. pegi bank, update buku ASB dan bayar apa yang patut. settle urusan kat bank, terus lincah amik adik aku balik skolah... dia balik pukul 4 petang camtu. lepas amik dia, aku terus pegi bazar, tolong mak aku niaga dan malam tu aku balik pukul 9pm. adik aku still skolah esoknya... so tak boleh stay lah.

02/02 Rabu :
bangun pagi2 hantar adik aku pegi sekolah, yer... dia tak cuti ikot sekolah gomen. aku sian kat parent aku yang balik lewat sebab niaga, so pagi2 aku yang bangun macam nak pegi keje, hantar adik... jalan smooth sangat, i loikeee... perjalanan yang slalunya amik masa 45-60 minit bole sampai dalam 30 minit je. (^_^)
lepas tu beli sarapan, roti canai yang sedap kat kempas. baru pukul 7 pagi masa tu. orang tu pun baru jek bukak kosi meja. pastu balik.

lepas makan, aku hadap pc. chatting dengan rakan taulan yang masih kerja...miahaha.
tengahari nak petang2 sikit, aku wat aktiviti kuak lentang atas katil sebelum pegi bazar nak niaga. aha... hari ni aku kena stay sampai pagi... mari berjimbaaa! orang melaut okeh. mak aku bole rileks sikit sebab aku yang tolong serve customer. haaa mari2 kakak2, baju2 murah ajeee....

03/02 khamis :
balik pukul 3-4 pagi... so hari ni memang aku terbontang laa bangun lambat. parent aku pagi2 dah keluar pegi cari baju baru untuk wat niaga. matahari tinggi 2 galah baru aku bangun. tugasan seterusnya - masak. parent aku balik... mak aku pulak keluar lagi, gi pasir gudang pulak. tinggal bertiga kat rumah. jadi... keta takde untuk aku menjalankan aktiviti kira tiang lampu. petang, pegi bazar, ulang rutin semalam....

04/02 jumaat :
hari ni pun aku tak dapat buat aktiviti kira batu jalan sebab pagi2 parent aku dah keluar pegi kota tinggi pulak.... cari baju lagi. ok, orang sangat ramai kat bazar 2 hari cuti CNY ni... baju2 habis stok. hari ni mak aku bagi cuti masak sebab esok ade orang nak datang rumah, so kena wat keje2 mengemas rumah dan basuh baju. yaa... menyapu, mop2, buang debu2, vakum2, lap2... yer frame gambar kawin parent aku pun aku lap... pastikan takde sawang dan debu dok tenggek atas meja dan almari. dan lipat pakaian yang bergunung! parent balik, diorang belikan makanan tengahari. pastu sambung aktiviti kuak kupu2 pulak...petang, pegi bazar, ulang rutin semalam....teringat plak ahad ni takde kasut nak gi keje kawin anak kawan ayah, so ajak mak teman cari kasut. tapi last2 mak aku belanja belikan kasut sebab aku tolong dia niaga... tengkiuuu...cayang ibu!

05/02 sabtu :
terpaksa bangun awal... walaupun semalamnya tido pukul 4 pagi. semua family members bersiap, kecuali adik aku yang masih syiok tido. hari ni aku dengan mak menjalankan tugasan masak memasak.... ade pakcik dan tamu datang sampai ke petang... dapat lepak kejap, tapi aku tak leh nak lelap, so baring2 je sampai time nak pegi bazar... niaga cam biasa.

0602 ahad :
bangun lewat sikit, turun bawah tolong mak aku kat dapur jap. pastu tengahari keluar pegi wedding anak kawan ayah aku... keje kawin, makan nasik ayam. best jugak! balik dari keje kawin, lepak rumah makcik. petang balik rumah... haaaa baru laa dapat rehat. basuh baju. aku online sampai 3 pagi baru tido!! mata dah tak bole nak ngantuk...

07/02 isnin :
bangun awal sikit. sidai baju. adik pegi sekolah. dalam pukul 11am keluar ikut parent beli baju lagi. tapi banyak kedai lum bukak... cuti sakan! macam aku jugak! lepas beli baju2, terus amik adik aku balik sekolah, dan makan kat warung... laparrrr.... aku banyak makan... ades. cemana nak diet T_T. balik rumah pukul 4pm, lepak gaya bebas atas katil. sampai pukul 6pm, terjaga sebab bunyik phone... malam, cup cake yang aku order sampai....



sponsor for heng kang esok....
esok gi opis...yeay!!

motip entri :
time cuti laa aku lagi sibuk dari hari keje... nak pegi kira shopping complex kat jb pun takde masa....

No comments:

Post a Comment