31 January 2011

HUJAN



backgorund lagu "kala hujan - zamani"
masih hujan kat luar.... dah 3 hari matahari tak menjengah JB.

hujan itu rahmat pada aku... tapi mungkin juga dianggap sebaliknya bagi sesetengah orang. bila hujan turun, mengeluhlah mereka. bagi aku, kalau hujan time cuti tu, lebih nikmat mengulit mimpi bersama bantal dan selimut.

tapi bagi si sesetengah orang, ianya mencabar... antaranya peniaga2 kecil.... kalau dah 3 hari tak berniaga, apa cerita? sabtu lepas pun, family aku tutup kemah awal sebab hujan yang tak ada tanda2 belas pada peniaga2 kecil. tapi alhamdulillah, rezeki tetap ada walaupun sikit, ia tetap rezeki. dalam waktu aku tolong tutup kemah, saat menunduk kebasahan dalam rintik hujan, aku terfikir... fikir yang ntah kali ke berapa? "sampai bila diorang nak macam ni?"
hati sayu.... "kalaulah dulu aku blajar jadi doktor ke, engineer ke, bole la aku kasik kat diorang 1-2 ribu sebulan, tak susah payah macam ni" tetiba terasa aku ni anak yang tak boleh diharapkan....

"ye ke?" kang kalau dah jadi engineer ke, doktor ke... ape2 je yang gajinya hampir2 5 angka sebulan tu, mungkin lain pulak kisah yang ditakdirkan.... kan? cuba tanya orang2 yang gaji ribu riban tu.... dia kasik 1-2 ribu kat orang tua atau kasik kat penjaga rumah orang tua2??

hujan skali lagi mencabar kemampuan aku memandu. lagi2 dalam kegelapan malam dan pagi yang serupa macam malam jugak. gelap, lebat, cahaya lampu kereta pun tak seterang cahaya yang Allah ciptakan. pada Dia sajalah aku bertawakkal ketika memandu. kekadang garisan pemisah jalan pun hilang ntah ke mana...

jalan2 dipenuhi air, becak sana sini, jalan tak berlubang jadi berlubang, yang dah berlubang makin besar, makin dalam. dan keta aku pun tak terkecuali menjadi mangsa... padahal jalan tu jalan biasa setiap kali nak pegi keja. disesetengah kawasan rendah, sting garden terutamanya sudah ditenggelami air dek limpahan air sungai. begitu tabah mereka yang tinggal dikawasan ini....

tiap kali hujan berpanjangan macam ni, pasti ada antara yang menjadi gusar akibat trauma banjir besar yang berlaku dulu. yaa.. sape ingat banjir yang telah menenggelamkan daerah bandar kota tinggi dulu? mase tu aku pun dalam perjalanan nak pergi keje tapi tak jadi pergi... patah balik rumah. ayah aku yang mase tu masih bekerja pun tak boleh pergi keje sebab banjir.

hujan dan banjir, merencatkan aktiviti manusia yang kian rakus mengejar masa. termasuk la aku sebagai penjawat ketua penyidai dan pelipat pakaian.... T_T baju lom kering tapi baju kotor banyak nak cuci.... cemano?

No comments:

Post a Comment