26 January 2011

Jangan terpedaya... AOWA PENIPU part 1

aku tak tau la ade ke tidak orang follow atau jadi silent reader blog aku ni...

rasa macam lama tak update. takde cerita menarik kot.



sebenarnya aku malas nak taip citer ni, tapi dah aku pun tengah sangap... layankan je la.

cuti hari thaipusam lepas... aku gi shopping kat carefour sutera mall. ntah kenapa pulak aku ada mood nak shopping barang2 household untuk si dia. dia mase tu... keje lah. so aku pegi ngan adik aku. dia pulak tak tau aku nak shopping ape kat carefour tu.

lepas je keluar dari kaunter cashier, ade la sorang budak tembam, cakap melayu pun pelat tapi bertudung, approach aku tupperware murah. dia cakap nak kenalkan brand aowa. brand ni.. tak la famous sangat tapi aku pernah laa dengar brand ni masa jadi penaja hadiah kuiz dalam tv. ntah tahun bile... tak ingat. tapi dah lama lah.

aku ikut la dia gi kat booth tu. peliknya aku bole pulak dengan mesra melayan that girl. dia citer la pasal microwave. sebenarnya dalam carefour tadi tu, aku pun ada usya2 microwave jugak, tapi usya je lah. tak beli lagi. cuma ade terpikir nak beli...

girl tu buat la demo... masak keropok bawang guna microwave, tak guna minyak bla bla bla and so on lah. lepas tu dia suruh aku cabut 1 angpow. kekonon sebab dah nak raya cina ni kan. aku suruh adik aku cabut, dia dapat la voucher RM50 kalau tak silap aku la.

pastu girl tu suruh cabut lagi... aku pulak la amik. paket angpow yang aku amik tu, ade 2 keping kertas voucher. (euw... printing voucher macam guna printer cap ayam) voucher aku tu satu rm100, satu lagi rm1000.

lepas tu (ala.. aku tak ingat lagi cemana kejadian tu) sorang lagi promoter - amoi la, dia terkejut sebab aku dapat voucher rm1000 tu. diorang cakap, takde voucher rm1000... mesti ni ada slack. pastu tanya kat aku, betul ke aku yang bukak angpow tu? aku ade tak kawan2 atau sedara mara keje ngan aowa ni? pastu dan dan soal kot2 girl tembam tadi tu sedara aku??

ok, then amoi tu call la manager, dia tanya pasal masalah voucher ni. betul ke ada voucher rm1000 atau ade kesilapan teknikal? aku mase tu lepak je lagi. tak syak apa2.... lepas tu amoi tu pass phone kat aku, manager dia cakap, memang betul voucher rm1000 tu, promoter2 tak tau sebab dia tak nak ade staff dia yang berkompromi dengan sedara mara untuk dapat voucher ni.

done. so promoter tu punya la excited nak pujuk aku beli barang diorang. siap buatkan kira2 lagi. ok, lepas dah tolak diskaun la, rebate la, ape la tu sume... harga microwave tu jadi murah sangat dari harga asal... so aku decide nak beli lah.
lepas setuju nak beli microwave, diorang cakap, add RM10 dapat pressure cooker. aha.. aku add la... dah dapat 2 benda. (ntah2 harga microwave tu dah include pressure cooker).
lepas dah beli microwave, diorang offer pulak induction cooker dengan harga potongan lebih kurang 65% dari harga asal. okey... wat kira2 kasar, aku amik jugak. sempat sms si dia, dia cakap, dia tak nak induction cooker tu... tapi aku beli jugak laa... kalau dia tak nak, aku kasik mak aku, dan dapur gas kat rumah tu bole kasik dia.
promoter tu mempengaruhi aku sampai aku balik dengan 2 troli. 1 troli barang carefour tadi, satu lagi barang2 elektrik. siap dapat free gift (konon laa)

balik rumah, aku kasik semuanya kat dia. aku bawak balik barang free gift je. sebab memang niat beli semua tu untuk dia guna. induction cooker yang dia kata tak nak tu, malam tu jugak dia pi menggodek. bubuh kuali aluminium atas cooker tu, sampai sudah tak panas2.... tau sebab ape? sile baca sampai habis.

esoknya...
aku research pasal brand ni... (dah beli baru nak usha kat google)
aku rase marah, geram, bengang, rase diperbodohkan bila baca kes2 yang serupa sama sebijik dengan kes aku. rupanya ramai daah yang terkena ngan taktik menipu diorang ni. kononnya voucher salah cetak.... padahal semuanya memang dah dirancang.

kebanyakan orang yang terkena ni pegi buat report pada tribunal pengguna dan berjaya dapatkan balik duit diorang. aku? aku pulak terpikir2... nak report ke tak, nak report ke tak?

takde action sehari dua lepas tu. sehari lepas kejadian, aku dapat voucher jusco, company yang kasik. dan2 plan nak beli periuk. induction cooker tu bukan bole pakai periuk selain dari stainless steel...sebab tu la kuali yang digunakan tu tak panas2 pun. so misi cari periuk dan kuali la pulak....

shopping kat jusco pulak 2 hari lepas kejadian. hati ni masih panas lagi bila ingat2 lakonan minah berdebah tu.... lepas habiskan voucher kat jusco, dia ajak gi pasar, beli barang dapur. lerrr..... semangat nak merasmikan dapur dan periuk baru la ni. ok layan....aku pun dok perli2 pasal dia pulak excited ngan dapur baru tu... sebelum tu cakap tak nak dan menghadiahkan aku "bebelan" sebab gi layan promoter yang menipu tu....

ok... naik keje, aku pikir2 lagi... nak report ke tak. aku dah sedikit stress dengan bajet bulanan aku. perasaan aku, hepi ada sebab dah beli barang2 dapur, marah pun ade bile ingat cara diorang menjerat pelanggan.... aduihhh

last2 aku wat je report. terima kasih kat amoi sebab sudi layan ym aku tentang cara2 tuntutan tribunal secara online ni. aku decide nak pulangkan vacuum je. tapi si dia kata vacuum tu dia dah bukak dan guna... sebenarnya semua barang2 yang aku bagi hari tu, dia dah gunakan.

kalau nak buat tuntutan pun masih bole tapi tak bole la refund 100% duit aku, sebab barang dah digunakan... bila tengok keadaan macam tu, aku pun redha je la. bukan pasal barang yang jadi masalah, tapi strategi pemasaran syarikat ni yang buatkan aku rase bengang sangat. barang2 yang dibeli tu memang plan nak beli pun, memang nak pakai....

lain pulak kes dengan orang yang memang tak plan nak beli benda2 ni, tapi terpengaruh, dipakse beli... so memang wajib gigih pegi buat tuntutan kat tribunal. dari kes2 yang aku baca, belum sempat masuk mahkamah, company dah pun pulangkan balik duit customer....tau pun takut kena siasat!

kes aku? aku rase nak batalkan je la report yang aku dah submit tu. yang penting barang elok, bole guna... setakat ni ada jugak feedback positif tentang barang2 diorang ni. cuma yang jadi issue tu, pasal taktik diorang ni je la... memang tak patut....

mase aku taip blog ni, aku dah cool, redha je la dengan ape yang jadi. kalau diorang tu memang berniat tak baik, sendiri ingatlah yek...

No comments:

Post a Comment