27 September 2010

NOVEL DAN DESIGN BODOH


Bila cinta kini, tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku

Bila engkau pergi tinggalkanku
Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan

Kusebut namamu di setiap doaku
Yakinkan setiap kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayanganmu


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
aku suke lagu ni... tak kisah versi laki ke perempuan, tapi yang aku ada ialah versi lelaki....

aku pernah baca novel ni suatu masa dulu. mase tu aku form... hmm form 4 dan terlibat dengan cinta monyet...

bila aku baca kat paper yang mengatakan cerita novel ni akan difilemkan, aku dah tau mesti best cerita dia...

(aku jarang tulis kisah cinta kat blog, sila baca, rare tau!)

mase tu pakwe aku bagi aku pinjam la novel ni. aku sendiri pun memang hobinya baca novel, especially tulisan Ahadiat Akashah...

lepas dah habis tamat baca novel tu, aku ngan pakwe pun tukar nama panggilan dengan poyonya, dia aku panggil kashah dan aku dipanggil ayu... wah! lomantik habes! ahaks!

dalam surat2 cinta pun tulis nama ayu dan shah...

tapi tak lama la guna nama tu, rasa macam tak sesuai dan watak ayu dalam novel tu terlalu baik dan lemah lembut kalau nak dibandingkan aku yang betul.

ntah ape kisah ex pakwe aku tu skrang. lepas aku sambung belajar lepas SPM tu, dah tak kawan lagi ngan dia.

aku pun dah tak minat baca novel... cerpen pun dah malas nak baca. dulu rajin beli dan baca novel ahadiat akashah, tapi dah lama rasanya aku quit bila aku mula meniti dunia realiti. pada aku, tak ada seorang lelaki pun yang wujud kat dunia ni sama seperti watak2 dalam novel yang aku baca, kecuali watak2 antagonis tu, ade ramai la... untuk elakkan aku terlalu harap fikirkan watak (cth : watak kashah) jadi aku berhenti baca novel. masa tu aku anggap novel hanya dongengan dan tipu. lebih2 lagi hidup zaman sekarang ni kena perlu lebih realistik.

cerita lain yang takde kaitan :

jumaat lepas, sorang ex opismate (lelaki la) call aku, mintak tolong aku wat keje bodoh.
tau ape keje bodoh tu?

kisahnya macam ni...
ade member dia (lelaki jugak) sudah kenakan dia, aku tak tau ape yang member dia dah kenakan dia tu, biasalah lelaki ni kekadang gurauan tu kasar dan tak senonoh.

so dia pun emailkan aku gambar member yang dia anti tu. dia suruh aku buat super impose dengan letakkan gambar perempuan tengah cenciyom ke, tengah ape ke kat sebelah member dia tu. dan sekeping lagi mintak dihitamkan mukanya...

sebenarnya aku tak sampai hati nak tolak permintaan member aku tu,
tapi at the same time aku rase macam designer yang buat keje bodoh kalau aku layan permintaan dia...

jadi aku tak nak buat dan ignore aje.
mungkin hari ni, or esok lusa nanti ade la member aku tu call tanya gambar tu dah siap belum....

No comments:

Post a Comment