28 April 2010

WHAT'S COOKING : Kari Ayam Rempah Basah

malam tadi aku plan nak masak kari ayam. tapi nak cuba resepi kari yang lain. so godek2 la resepi kat mesra.net. heheh. hari ni bawak bekal gi opis, nasi putih + kari ayam + sambal belacan. kari ayam yang aku try ni tak menggunakan langsung rempah2 kering yang dalam peket tu. rempah kena buat sendiri, maybe agak leceh, tapi... ahhh korang try la sendiri. baru tau rasenya!

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
1 labu bawang besar(mayang nipis)
1 peket rempah penumis(kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang dan buah pelaga,biji halba&sawi)
1 biji kelapa (perah jadikan 1 cawan santan pekat, 2 ½cawan santan cair)
2 keping asam keping
1 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang (belah 2)
Minyak untuk menumis
Bahan yang dikisar halus :
15 tangkai cili kering
2 biji cili merah
6 bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar biji(disangai)
1 sudu makan jintan halus(disangai)
3 butir buah keras(panggang dahulu)
3cm halia
3cm kunyit hidup
1cm kayu manis
Cara:
- Cuci ayam dan toskan.
- Tumis bawang besar, apabila kuning masukkan rempah penumis, daun kari, rempah yang dikisar halus dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan ubi kentang. Kacau sehingga mesra, masukkan garam, asam keping, serbuk perasa dan santan cair. Tutup periuk dan didihkan sehingga ayam lembut.
- Apabila ayam lembut, masukkan santan pekat. Kacau dan kecilkan api renih sehingga masak dan pekat.

Gambar? Aku masak tengah malam tadi, so tak dan la nak ngeshoot!

ps : nak suruh adik aku puji masakan aku sedap? masak aje lauk kegemaran dia, yang tak sedap pun dia kata sedap!

No comments:

Post a Comment