19 April 2010

ROKOK YANG TAK BAHAYA!


MEROKOK CARA SIHAT
aku dah lama nak cite pasal ni kat blog. 2 minggu lepas (kot?) aku ade jalan2 kat jusco tebrau city. ingatkan nak tengok citer "How to Train Your Dragon", tapi tengok manusia pun beratur panjang macam train, tak jadilah nak tengok.

tengah jalan2 tu, ternampaklah satu kiosk jual rokok, ada kakak promoter yang ramah tengah borak2 ngan customer. aku pun tertarik nak datang dekat melihat ape benda yang nampak macam rokok tu...takkan la jual rokok kat kiosk terbuka, ada e-cond pulak tu. bila datang dekat, rupanya SmokerHaven Electronic Cigarettes Malaysia.

rokok ni dipanggil dalam bahasa melayu "rokok elektronik". lepas customer tadi tu blah, aku pulak borak2 ngan kakak tu pasal rokok ni. kat situ ade la tv yang paparkan pasal e-rokok ni. kelebihan rokok ni, ianya tidak berbahaya (promoter tu cakap la) sebab takde bahan2 kimia berbahaya, karsinogen, tembakau, pembakaran, tar, karbon monoksida, abu atau bau yang busuk! bole hisap kat mana2 je walaupun dikawasan larangan merokok....dan ia boleh membantu perokok untuk berhenti merokok. promoter tu cakap, feedback yang diterima dari pengguna e-rokok ni, diorang bole berhenti merokok after guna dalam 3-4 bulan la.

aku sempat tengok cemana perokok kat situ test benda ni. hisap je macam rokok biasa, tapi macam ade bunyi "whistling" sikit la sebab dalam rokok tu lebih kurang macam ni :
komen dari perokok yang test e-rokok ni, dia cakap memang rasenya sama sebijik macam rokok. tapi aku yang diri sebelah dia ni, langsung takde bau asap rokok yang busuk tu....aku memang tak suke gile bau asap rokok.

rokok ni guna bateri, bile disedut, ade satu heater kecik kat dalam tu akan menyala dan mengewapkan cecair dalam kadrij rokok, lalu terhasilah asap rokok. aku dah tengok dalam dia cemana. batang rokok tu pun akan jadi hangat jugak la.

harga e-rokok berjenama "Smoker Haven" yang aku tengok kat tebrau city ni berharga RM290. e-rokok ni ade macam2 brand dan harga jugak. jadi terpulang kat korang nak beli brand mana. aku ade la research sikit kat google, nak dapat harga yang bawah RM150 pun ade, tapi kualiti rasa rokok cam haram la (refer pada orang yang komen).

sedikit info dari web Smoker Haven :
SmokerHaven Electronic Cigarettes Malaysia adalah satu peranti yang serupa dengan rokok, rasanya seperti rokok, tetapi ia bukan rokok. Ia hanyalah satu cara sihat untuk menikmati rokok! Ia memberi perokok pengalaman sebenar merokok tanpa bahan kimia berbahaya, karsinogen, kebakaran, tembakau, tar, karbon monoksida, abu atau bau yang terdapat dalam rokok-rokok sebenar. E-Cigs Malaysia ini tiada kesan-kesan sampingan. Ia tidak dapat dikesan oleh pengesan-pengesan asap! Selain perasa rokok yang tulen, perokok mempunyai pilihan perasa lain seperti Strawberry & Vanila. Rasa ini seperti mengisap shisha. E-Cigarettes Malaysia juga sesuai untuk dihadiahkan kepada sesiapa.
so korang yang nak berjimat beli rokok, tak nak rokok yang berbahaya (oh! hari tu ade keluar paper pasal puntung rokok ada darah babi!) atau bercita2 nak berhenti merokok, bole la try e-rokok ni.

SELAMAT MEROKOK DENGAN SELAMAT!!

No comments:

Post a Comment