30 August 2009

11 Tips Berhenti Merokok

Sempena bulan puase ni, aku nak paste la sedikit artikel untuk mereka yang berazam nak berhenti merokok dibulan yang mulia ni. moga-moga raya nanti, korang bernafas segar bila sesi minta maaf kat mak ayah, adik bradik, sahabat handai, tunang or awek2 korang.... tips ni ditujukan kat korang yang memang dah niat nak berhenti tau, yang rase-rase nak terus bakar paru-paru korang sampai rentung tu tak payah baca pun takpe la.....tak berkesan kat korang kot.... sebab ASAS dan langkah pertama untuk berhenti merokok ni adalah AZAM dan SEMANGAT nak berhenti.... tapi bukan semangat hangat2 taik ayam kampung je...

Ramai kawan-kawan bertanya macam mana aku berhenti merokok. Bagi aku untuk berhenti merokok ni ikut pada diri kita sendiri la. Aku merokok seawal 12 tahun sehinga la umur 26 tahun..alhamdulila aku berjaya berhenti merokok dengan semangat nak berhenti setelah berumahtanga..... Bini setiap hari ingatkan berhenti morokok. Kekadang tu marah juga sebab kena bebel, tapi ingat positif la kan, org sayang kite memang la macam tu kan.

Sebelum ni pun pernah juga berhasrat berhenti merokok tapi bertahan 3 minggu sahaja disebabkan faktor-faktor persekitaran, time bujang memang la banyak pengaruh persekitaran, salah satu pengaruh yang kuat adalah kawan-kawan serumah. Semua kawan-kawan jenis yang boleh dilebel perokok tegar sebab kalau tiada rokok macam nak sasau, dapat puntung rokok pun jadila janji dapat asap, hehehe......

Aku memang dulu perokok yang tegar juga la, rokok Marlboro Light 20 batang boleh habis 2 kotak sehari, lepas tu Marlboro Light mahal tukar pulak Samporna A, 20 batang sebab murah sikit. Saat ketiadaan rokok bagaikan nak sasau, tengah-tengah malam pun sangup beli di kedai 7Eleven atau kedai mamak. Sebenarnya perokok ni orang kaya semuanya, cuba lihat perbelanjaan perokok, harga sekotak samporna 20 RM7.50 X 2(2 kotak sehari) X 365 hari = RM5,475 setahun, sebulan RM450 banyak tu..

Berhenti merokok boleh sebenarnya, tetapi berhenti secara berperingkat.....

Antara petua yang aku amalkan untuk berhenti merokok :

1. AZAM
Nekad untuk berhenti merokok,so kena ada niat dalam hati. Yang penting sekali adalah usaha (tahu apa yang kita mau, tangungjawab dan ingat pada keluarga)

2. MELENGAH
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok. Kurangkan merokok dalam sehari, selagi boleh tahan jangan merokok.

3. MENARIK NAFAS PANJANG
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

4. BERHENTI MEMBELI ROKOK
Jadikan rokok bukan barang keperluan..kalau rasa nak merokok... pau je la rokok member sebatang, kalau member tiada rokok puasa je la...

5. MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

6. MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

7. MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gum, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.

8. JAUHI PEROKOK
Kurangkan bergaul dengan kawan yang sedang merokok (time member merokok jangan la join nanti tengok member sedut rokok kang nak pulak)


9. MANDI ATAU BASUH TANGAN
Kalau berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

10. MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok. (kalau malas sangat ajak la keluarga bersiar-siar ditaman )

11. MEMOHON DOA
Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah..



ok semoga memberi panduan kepada kawan-kawan.
ps: huduh entri kali ni sebab letak gambar yang aku rase seram jek nak tengok....

No comments:

Post a Comment