15 August 2017

Kad Kahwin

Hujung bulan ni dah start cuti sekolah, maka bermula jugak lah cuti orang nak kawin, jemputan sana sini... asal ada kenduri kawin je, rebut2 orang nak cop date masa cuti sekolah. aku dulu pun kahwin masa musim hujan cuti sekolah hujung tahun...

tapi kalau nak kawin hujung bulan ni, dah tak sempat ler nak order kad kahwin ni, kalau hujung tahun InsyaAllah sempat... ingat, kad kahwin pun penting, kena siapkan awal2... jangan dah nak edar minggu depan, minggu ni baru nak order. jawapnya kena cas mahal sikit lah hehehe...

LIKE RICH PAPER​ untuk semakan harga kad kahwin

08 August 2017

Throwback - Kisah kucing

tengah sembang ngan member pasal kes viral sebuah pet shop elit - gitu aku bagi nama. yela, sebab dia cuma jual (read : memperdagangkan) kucing2 berbaka asli siap ada sijil sah.

lepas tu kawan aku tanya pasal doktor kucing kat kedai tu. aku terus ingat pasal kucing aku dulu. bukan semua kedai haiwan / penjual kucing ada doktor yer.. biasanya klinik haiwan ni takde jual kucing. ada orang salah faham tu...

kucing aku ni, paling teruk pun aku jaga masa kaki dia bengkak bernanah, tak tau kena apa lah, bergaduh kot. aku bawak dia jumpa vet, cuci dan korek luka tu. dan kena warded 1-2 hari. akibatnya jari kaki belakang dia cacat sikit. bersengkang mata aku beri ubat, tukar bandage... masa tu takde sape bole harap jaga luka pada kaki kucing tu. terpaksa tukar bandage sekali sehari je... kalau ikutkan, kena buat sehari 2 kali... 


..... itulah kenangan. aku rasa kucing ni pun dah mati agaknya. kalau masih hidup mesti dah tua sangat.